Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Peraturan-Peraturan Forum (Bahasa Melayu)
LFM


Anak Legenda

Status: Offline
Posts: 92
Date: Apr 6, 2010
Peraturan-Peraturan Forum (Bahasa Melayu)
Permalink  
 


Selamat Berkunjung Ke Forum 'LEGENDA FILEM MELAYU'.

Anda diwajibkan untuk mendaftar dan menjadi ahli forum ini untuk melihat isi kandungan serta segala posting yang dihantar di forum ini.  Pendaftaran sebagai ahli forum akan diuruskan dalam masa 24 jam.

Pihak Admin berhak untuk menilai semua isikandungan posting yang dihantar.  Pihak Admin tidak bertangungjawab keatas bentuk kandungan dan isi mana-mana posting
dihantar yang mencerminkan pandangan pengirimnya.  Seandainya pihak Admin mendapati isi kandungan dalam posting yang dihantar tidak sesuai dengan forum ini atau boleh mendatangkan kemudharatan kepada mana-mana pihak, Admin akan memadamkan posting tersebut.

Garispanduan di bawah digubal bagi memperjelaskan tanggungjawab pengunjung yang berdaftar sebagai Ahli Komuniti Forum ini.   Sila baca dan maklumkan diri anda terhadap segala Peraturan & Syarat-Syarat Menjadi Ahli Forum.


Peraturan-Peraturan Umum Forum 

A) Pendaftaran sebagai ahli adalah diwajibkan jika ingin mengirim posting ke forum ini.

B) Posting yang dihantar mestilah berkaitan dengan isu sesuatu tajuk forum. Ahli-ahli mestilah membaca segala penerangan dan syarat-syarat forum sebelum melakukan posting.   Mana-mana ahli yang secara berterusan menghantar posting ke forum yang tidak berkaitan akan diberi amaran.  Pihak Admin berhak untuk memindahkan mana-mana tajuk posting ke forum yang betul.

C) Pengunjung yang telah berdaftar sebagai ahli forum perlu menghormati sesama ahli.  Mana-mana ahli yang didapati menyalahgunakan kemudahan forum atau menyakiti ahli-ahli lain tidak akan dimaafkan dan akan diberi amaran keras. 

D) Ahli-ahli yang berdaftar dilarang untuk 'berlagak' atau menyamar sebagai Modurator Forum kecuali dengan keizinan Pihak Admin.

E) Ahli-ahli yang berdaftar hendaklah maklum bahawa forum ini terbuka sebagai forum umum.  Mana-mana ahli yang menghantar posting yang mengandungi kandungan samada berupa kata-kata ucapan, imej atau pautan yang menghasut dan membawa unsur-unsur berbahaya akan diberi amaran dan dikeluarkan dari menjadi ahli forum.

F) Setiap ahli hendaklah maklum dan faham berkenaan dengan isu hakcipta.  Mana-mana bahan yang hendak dipostkan ke forum ini sewajarnya mendapat keizinan dari pemiliknya.

G)
Setiap ahli hendaklah menghormati keselesaan ahli-ahli lain di forum ini. Oleh itu setiap posting yang dibuat sewajarnya menggunakan 'bentuk tulisan' biasa yang tidak terlalu 'fancy' atau mengelirukan ahli-ahli lain. Setiap ahli tidak patut menengking sesama ahli dan mencetuskan pergaduhan dan salah faham. 

I) Setiap ahli hendaklah menggunakan tajuk yang betul dan sesuai pada setiap posting.  Setiap tajuk yang dimulakan pula hendaklah sesuai dengan kategori forum yang disediakan.  Pihak admin berhak memadam atau memindahkan mana-mana tajuk ke bawah forum atau subforum yang sesuai dan berkaitan dengan isu yang dibincangkan.

J) Spam adalah tidak dibenarkan sama sekali dalam forum ini. Ini termasuklah surat berantai, mengiklankan barangan, menjalankan aktiviti jualan langsung, skim cepat kaya, jualan multi-level dan apa-apa yang seumpama dengannya tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran dari pihak Admin.

K) Pihak Admin berhak pada bila-bila masa mengubahsuai atau memadam mana-mana posting yang difikirkan perlu tanpa terlebih dahlulu memaklumkna kepada ahli yang menghantar posting berkaintan.

Signatures & Avatar

I) Signatures hendaklah mengandungi tidak lebih dari 225 character bersaiz text kecil atau normal (i.e 9 hingga 12 points) 

II) Kandungan Text pada Singnature adalah juga tertakluk kepada Peraturan-Peraturan terdahulu yang melibatkan Isu Hakcipta dan perassan sesama ahli forum sebagaimana yang telah diperjelaskan.

III) Pautan berupa URL ke laman sesawang, blog, facebook atau seumpamanya adalah dibenarkan dalam Signature asal saja pautan berkenaan tidak membawa ke lokasi yang dilarang. 

IV) Saiz maksima Avatar adalah 200 X 200 pixels.

Amaran & Dikeluarkan dari Terus Menjadi Ahli. 

1) Setiap ahli yang didapati melanggar mana-mana Peraturan & Syarat-Syarat Forum akan diberi amaran sekurang-kurangnya sekali sebelum di'banned'.

2) Pihak Admin berhak mengeluarkan (banned) mana-mana ahli forum yang didapati melanggar Syarat & Peraturan pada bila-bila masa.

3) Mana-mana ahli berdaftar yang telah diberi amaran atau di'banned' dari menjadi ahli forum boleh menghubungi Pihak Admin sekiranya mereka merasakan tindakan tersebut telah dilakukan dengan 'kesilapan' atau 'salah faham' untuk mendapatkan keadilan.


Tambahan: SILA BACA SEBELUM MEMBUAT APA-APA POSTING

1) TUNJUKAN SIKAP HORMAT-MENGHORMATI DAN TOLERANSI ANDA.

- Jangan Maki Hamun
- Jangan Menghasut
- Jangan Membuli & Mengancam

Sekiranya anda adalah ahli veteren, bersikaplah sudi membantu mana-mana ahli baru.

Setiap ahli semestinya mempunyai pandangan yang berbeza antara satu sama lain, oleh itu bersetujulah untuk tidak bersetuju dan sedia menerima pandangan orang lain.


2) SENTIASA MENGIKUTI PERKEMBANGAN DAN MENYEMAK ISI FORUM. ( Common Internet Etiquette )


- Sentiasa berfikir sebelum membuka thread baru.

- Sila semak atau guna Fungsi SEARCH untuk pastikan samada sesuatu topik atau thread sudah wujud atau tidak. Pihak Admin berhak memadam mana-mana thread yang didapati berulangan.

-Setiap ahli dilarang menghantar posting yang sama secara berganda dengan tujuan semata-mata untuk meningkatkan bilangan post masing-masing.

3) Pihak Admin berhak pada bila-bila masa mengubah mana-mana Syarat & Peraturan Forum dan menambah apa-apa Syarat & Peraturan yang difikirkan perlu dari masa ke semasa.

4) AMARAN KERAS: - TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI UNTUK MEMBINCANGAN ISU POLITIK DAN PERKAUMAN DI FORUM INI.


-- Edited by LFM on Sunday 16th of May 2010 12:02:35 PM

__________________


Benih Legenda

Status: Offline
Posts: 6
Date: May 13, 2010
Permalink  
 

salam...

Saya bersetuju & akan mengikut syarat² yang telah di wartakan.

Sekian, Terima kasih.

Iklhas dari hati,
eeja06



__________________

eeja06

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.



Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard