Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: AKSES KE KANDUNGAN FORUM LEGENDA FILEM MELAYU
LFM


Anak Legenda

Status: Offline
Posts: 92
Date: May 19, 2010
AKSES KE KANDUNGAN FORUM LEGENDA FILEM MELAYU
Permalink  
 


Bermula dari Hari Ahad 16 Mei 2010 bersamaan dengan 2 Jamadil Akhir 1431 Hijrah, segala isi kandungan Forum Legenda Filem Melayu yang menyentuh perbincangan perihal filem-filem Melayu klasik seawal tahun 1930-an termasuk juga Muzik Nusantara dan yang berkaitan dengannya hanya boleh diakses oleh ahli yang berdaftar dan berada dalam status LOG IN.

Sehubungan dengan ini, pihak kami di Belakang Tabir LFM (Legenda Filem Melayu) menyarankan agar anda mendaftar sebagai ahli forum untuk melayari maklumat di dalamnya.  Sebelum 16 Mei 2010 forum ini boleh diakses oleh sesiapa saja dari pengunjung internet yang menjumpai laman ini. 

Oleh yang demikian, setiap kali anda ingin membaca maklumat dari dalam forum ini ataupun menghantar komen dan mesej melalui posting, anda DIWAJIBKAN untuk "LOG IN"

Tindakan ini diputuskan sebagai salah satu langkah dalam menghargai sumbangan ahli-ahli forum yang telah bermurah hati menaikkan bahan-bahan bernilai ke forum ini - samada berupa informasi dalam bentuk gambar, maklumat berita, klip video dan audio - yang boleh dikatakan tidak akan diperolehi dari sumber-sumber lain di zaman ini.  Sebahagian besar dari bahan-bahan tersebut adalah dari koleksi peribadi ahli-ahli forum yang terlibat yang ingin melihat nilai khazanah seni filem dan muzik nostalgia ini dinaikkan martabatnya dan diletakkan ke tempat yang sewajarnya ia dijulang.   Penyumbang-penyumbang berbudi ini telah menggunakan sebahagian besar masa harian mereka untuk menyediakan bahan-bahan tersebut sehingga dapat dinaikkan ke forum ini.

Dari itu, sewajarnya usaha mereka ini dihargai, setidak-tidaknya dengan memberikan ucapan "Terima Kasih" seandainya terdapat apa-apa bahan berbentuk maklumat berguna yang anda temui di forum ini merupakan sesuatu yang anda tercari-cari sekian lama.  

Pihak LFM sedar bahawa tidak semua orang memiliki bahan-bahan bernilai seni seperti yang dimaksudkan untuk disumbangkan ke forum, namun adalah tidak wajar pengunjung laman ini hanya menjadi "anonymous users" yang hanya menunggu peluang untuk mendapatkan maklumat percuma, memuatturun bahan-bahan berupa gambar-gambar nostalgia, lagu-lagu atau klip video dsb kemudian terus meniggalkan laman forum ini setelah apa yang dicari diperolehi.

Selain dari itu, terdapat juga perbincangan-perbincangan dari dalam kandungan forum ini yang bersifat sensitif dan ekslusif yang mungkin boleh mengakibatkan salah faham dan silap tafsir.  Oleh sebab itu maka pihak LFM berpendapat tindakan menghadkan capaian ke maklumat serta kandungan forum hanya kepada ahli-ahli berdaftar sahaja adalah satu tindakan yang amat wajar.

Sekian, Terima Kasih.

Harap Maklum & Selamat Berforum.


Wassalam
Ikhlas Dari LFM.

-- Edited by LFM on Wednesday 19th of May 2010 03:37:32 PM

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.



Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard